Gambar Majlis Persandingan Abby Abadi Dan Farhan
Gambar majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan. Khabarnya, satu majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan telah berlangsung sekitar petang Ahad, 1 September 2013 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Apapun, majlis berkenaan bukanlah resepsi penuh perkahwinan pasangan romantik itu, cuma untuk meraikan pengantin baru bersama acara rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.
Gambar di’atas diambil oleh rakan media, Media Hiburan yang berkesempatan hadir ke majlis pasangan Abby Abadi & Farhan yang telah berlangsung di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.
Seperti beberapa keping gambar yang admin sertakan di bawah, bekas pelakon Abby Abadi dan Farhan dilihat sangat bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Jadi, tahniah admin ucapkan, semoga penyatuan dua hati ini akan membentuk sebuah keluarga besar pada masa akan datang.