Saturday, February 1, 2014

RAHSIA PERKAHWINAN DALAM ISLAM

:RAHSIA PERKAHWINAN:…

Perkahwinan Adalah salah satu daripada Sunnah Para Nabi dan Rasul. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ra’d Ayat 38:-
“Demi Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan”
Jika dilihat dari pandangan kaca mata ISLAM, perkahwinan salah satu dikatakan kesempurnaan hidup yang diredhai oleh Allah swt. Justeru, mari kita lihat di antara rahsia perkahwinan…
  • Perkahwinan ialah Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi pernikahan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa sekaligus dapat memakmurkan bumi Allah SWT.
  • Perkahwinan juga dianggap sebagai salah satu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Ingat Pesan Rasulullah s.a.w pada kita:-
           “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi”
  • ISLAM juga menggalakkan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. ISLAM ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Pesan Rasulullah SAW:-
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku”
  • Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW:-
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
  • Dapat menyubukan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
  • Perlu ingat, melalui perkahwinan akan wujud disiplin dalam rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
Alhamdulillah…Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama….Bersambung di Halaman tinta akan datang “HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”.
Salam Penuh Ingatan,

No comments:

Post a Comment